Tuesday, March 11, 2008

Kekuatan dalaman perlu diperkasa

Semalam dalam harakah daily ada menyebut YB Mukhriz, minta Pak Lah letak jawatan kerana kejatuhan 5 negari ketangan pembangkang. Nasib baik Wilayah tak de DUN, kalau tak wilayah pun kira jatuh ketangan pembangkang juga. Tapi kira jatuh le tu.... so bermakna 6 negeri terlepas dari tangan BN.

Mungkin perhimpunan Agung UMNO akan datang jadi lebih panas.. atau ahli-ahli UMNO terus menjadi pak angguk dalam parti ... menjadi hang setia kepada pemimpin, walaupun terbukti rakyat rasa report card dia hancusssss.... kita boleh tengok lah tunggul-tunggul kayu tu secara live dalam TV nanti .... atau memang dah takde dah LIVE dalam tv lagi Perhimpunan Agung UMNO.

Kalau ikut record YB Najib, dia memang tak akan lawan ketua punya .... kita tengok je la siapa nak lawan Pak Lah... YB Muhyiddin memang tak lawan sebab die orang Pak Lah.. siapa ye... tungguu... YB Ku Li boleh kut ..caya lahhhh...
Tapi apa-apa hal pun, rasanya KJ lah manusia yang paling goyang skali sekarang ni.
Kalau Pak Lah takde, silap haribulan rasanya ramai orang dalam UMNO sendiri nak siat-siatkan kulit dia...muahhhaaaa.... YB Mukhriz mesti lawan die punya ...caya lah lu YB..go YB ..go YB.

Tapi apa-apa pun yang terjadi, selepas perhimpunan.... kalau ada pertandingan... yang kalah kena terima, rapatkan barisan balik dan bersatu, kerana banyak agenda yang belum selesai.

Agak-agaknya le, pemimpin-pemimpin BN ni boleh ke jadi mesra rakyat sikit... jauh benor rasanya dengan rakyat.... semua bila berkuasa, nak kena nampak kaya, senang.. maneeee rakyat nak dekat kalau macam tu... Hina bebenor le rasa teman dengan mereka, maklum le teman ni orang susah ... :)

Monday, March 10, 2008

Cemassssssssss

Kerajaan BN dapat 140 kerusi, pembangkang 82 kerusi.
Walaupun BN tak dapat 2/3 iaitu 148 kerusi, mereka dapat lebih 127 kerusi untuk simple majoriti.
Ini bermakna, pembangkang perlu kurangkan 14 kerusi BN untuk menidakkan simple majoriti tersebut.
Ini mungkin pembangkang boleh dapat di Sarawak, sebab di sana tidak ada UMNO, cuma ada parti-parti yang bernaung dibawah Barisan Nasional. Tambah lagi mereka belum pernah ada wakil dalam Kabinet.
Mungkin kerajaan persekutuan yang baru ini boleh memikirkan untuk menarik 2 atau 3 orang wakil MP dari parti komponen di Sarawak ke dalam kabinet, kerana kerusi mereka sememangnya penting dan untuk mengelakkan mereka tidak menyertai parti pembangkang yang for sure menjanjikan mereka kedudukan yang terbaik jika mereka menyertai barisan mereka.
Bagi mereka yang berkenaan cepat-cepatlah bertindak apa yang patut!!!!

Doa buat Pemimpin

Apa sudah jadi...apa sudah jadi....... apa sudah jadi........
mengapa ini terjadi,
semalam aku duduk dibelakang kerusi empuk kereta Mercedes dan punya pemandu,
hari ini aku pandu mercedes ku sendirian tanpa pemandu ku.
semalam aku rasa selagi aku dalam UMNO, mana mungkin aku jatuh
rupanya hari ini aku tersungkur macam nangka busuk.
semalam aku rasa bangga kerana dapat title YB
hari ini tiada title YB, esok lusa orang akan lupakan aku
Semalam aku duduk banglo besar mengalahkan istana sultan, 5 orang gaji, kereta besar, beribu pengikut,
Hari ini semua dah tiada. Nak jumpa reporter pun aku tak sanggup lagi. Mana nak taruk muka!!!
Hari aku rasa betapa pedihnya seperti apa yang rakyat rasa pedihnya kerana aku membutakan mata ku and memekakkan telingaku
Hari ini aku rasa betapa malunya diri, seperti mana aku memalukan rakyat jelata
Hari aku rasa betapa tingginya langit yang selalu aku rasa amat rendah sekali
Hari ini aku tahu betapa pentingnya mendengar apabila menjadi pemimpin dan bukan memaksa rakyat mendegar apa yang aku nak cakap.
Hari ini aku tahu betapa mualnya rakyat mendegar suara aku, kerana aku sentiasa bercakap benda yang sama dan ketinggalan.
Hari ini aku tahu siapa sebenarnya raja dan siapa sebenarnya hamba!!!
Hari ini aku tahu menjadi wakil rakyat bukan tugas aku mengiyakan pemimpin wahid walaupun kabur
Hari ini aku tahu betapa bijaknya rakyat menilai diri aku.
Hari ini juga aku sedar TUHAN itu mengetahui, maha kaya dan penyayang
TUHAN menentukan hidup ku
TUHAN telah menetapkan segalanya
TUHAN mengetahui apa yang telah aku lakukan
TUHAN mendengar rintihan hamba yang dianayai
Bagaimana harus aku bangkit...bangkit...bangkit...
Bagaimana aku hendak mendaki rakyat sedangkan aku tidak menaiki kereta kancil seperti yang rakyat naiki.
Bagaimana aku mahu mendekati rakyat sedangkan aku memakai pakaian yang mahal-mahal sedangkan rakyatku sudah bertahun tidak menukar baju baru.
Bagaimana rakyat nak berjumpa aku kalau aku duduk dikerusi empuk, di dalam bilik yang berlapis-lapis berwarna emas, dikawal oleh beribu pak guard dan polis.
Bagaimana rakyat nak jumpa aku, kalau rakyat rasa dirinya tak setaraf dengan pemimpin
Bagaimana rakyat nak mengadu masalah kalau rasa dirinya hina kerana aku pakai mercedes duduk dalam banglo, tapi rakyat pakai kancil, duduk dirumah kayu hampir roboh.
Bagaimana rakyat nak jumpa aku, kalau pembantu-pembantu aku menjadi lebih besar daripada aku sendiri.
Bagaimana rakyat nak percaya, kalau aku tidak kritis dalam membuat dasar dan keputusan.
Bagaimana rakyat nak percaya, bila aku kata subsidi ditanggung kerajaan terlalu tinggi, tetapi Petronas buat untung selepas cukai 30 billion.
Bagaimana rakyat nak percaya, kalau aku kata 30 bilion itu untuk digunakan untuk membangunkan infrastruktur, modal insan, wilayah pembangunan dan lain-lain tetapi pada masa yang sama rakyat tidak memerlukannya pada masa ini lebih daripada kesengsaraan akibat dari naiknya harga minyak.
Bagaimana rakyat nak percaya, kalau aku kata harga minyak di Malaysia adalah terendah dirantau asia, tetapi sebenarnya perbandingan itu tidak betul kerana GDP negara itu lain, purata pendapatannya juga berbeza.
Aku perlu sedar bahawa rakyat sudah semakin kritis, kerana pemimpin terdahulu telah menyediakan landasan yang betul bagi pembangunan modal insan.
Aku perlu sedar inilah hasil kemakmuran negara, melahirkan insan yang cerdik dan pandai.
Aku perlu sedar bahawa setiap masalah bukan hanya ada satu penyelesaian. Harga minyak global naik, bukan hanya ada satu penyelesaian iaitu dengan menarik subsidi.
Aku perlu sedar, bahawa rakyat sudah tahu bahawa negara sedang menuju inflasi.
Aku perlu sedar, bahawa rakyat mahu mendengar tindakan, idea logik bagi menangani masalah ini.
Aku perlu sedar, kalau aku naikkan harga minyak, tarik subsidi untuk mengatasi masalah, bebudak lepas SPM pun boleh buat.
Aku perlu sedar, kalau nak pulihkan MAS dengan buang pekerja, jual aset...makcik jual goreng pisang pun boleh buat.
Aku perlu sedar, aku berhadapan dengan Melayu baru bukan zaman sebelum perang.
Aku perlu sedar, rakyat sekarang sudah ada banyak pilihan bukan lagi sistem satu parti. Orang melayu sudah ada pilihan UMNO, PKR atau PAS.
Aku perlu sedar, kalau aku tidak perform rakyat akan ganti aku dengan bukan sahaja orang lain tetapi juga dari parti lain.
Aku perlu sedar, rakyat semakin selesa dengan pilihan-pilihan ini dan landasan yang dibina untuk generasi akan datang kebebasan memilih mereka yang benar-benar cemerlang, gemiling dan terbilang.
YA ALLAH YA TUHAN KU BERI LAH AKU PEDOMAN DAN PETUNJUK UNTUK BANGUN KEMBALI, SESUNGGUHNYA KAU LAH YANG MAHA PENGAMPUN DAN PENUNJUK JALAN.