Tuesday, July 1, 2008

UNITEN factor

Pagi ni one of my friend, ex-uniten student teruk diperli rakan-rakan sepejabat dek kisah tuduhan liwat DSAI. Ini kerana si pengadu yang dikatakan diliwat oleh DSAI adalah juga bekas pelajar UNITEN. Reaksi spontan rakan saya itu, katanya si pengadu adalah seorang "drop-out" iaitu gagal menamatkan pengajian di UNITEN. Maklumat ini ada juga saya terbaca di blog-blog politik.

Kalau benar dakwaannya, saya bersimpati dengan kesengsaraan yang dialaminya.
Cuma kemusykilan saya yang belum terjawab adalah:

1. Kebolehan beliau menyewa kondo RM7000 - RM15000 sebulan. Ini kerana, pengadu juga dikatakan tidak mempunyai kerja tetap (hanya sukarelawan), dan tidak dibayar gaji bulanan yang tetap.

2. Kenapa tidak melawan masa nak dikerjakan. Mustahil pemuda berumur 23 tahun tak boleh melawan penyerangnya yang berusia lebih 60 tahun. Atau perbutan tersebut memang direlakan, jadi tak susahlah si pemangsa melunaskan tuntutan keinginannya. Atau mungkin mengumpan pemangsa untuk pendapatan?

3. Mampu ke lagi DSAI, memandangkan umur beliau sudah menjangkau lebih 60 tahun dan ditambah pula sakit tulang belakangnya yang agak membimbangkan.

4. Adakah laporan tersebut dibuat dengan rela atau benar dakwaan beliau ditangkap oleh polis. Sekiranya ditangkap mungkin ada unsur "duress" atau kalau dengan rela hati, mungkin juga DSAI yang main wayang.

5. Penglibatan TPM dengan pengadu. Setakat gambar, bukti tidak cukup kukuh, lebih-lebih lagi di zaman serba canggih. Gambar mudah dipalsukan. Pertemuan yang kerap dikatakan di antara pengadu dengan TPM dan isteri, percakapan perlu dibuktikan oleh DSAI.

6. Bagaimana polis nak membuktikan bahawa pengadu benar diliwat DSAI. Setidak-tidaknya kesan air mani, bulu kemaluan atau lain-lain bukti. Saya teruja nak lihat apakah bukti kali ini yang akan dikemukakan oleh pendakwaraya. Adakah sekali lagi kita dapat lihat tilam diusung keluar masuk mahkamah. Adakah TS Ghani Patail yang akan menjadi ketua pendakwa dalam kes ini, sedangkan beliau adalah orang yang didakwa DSAI terlibat dalam mengubah bukti kes tahun 1998.

7. Adakah KPN akan dibenarkan terlibat dalam penyiasatan kes, sedangkan beliau adalah salah seorang yang didakwa terbabit meminda bukti kes. Kalau di negara-negara yang lebih maju, pegawai polis yang terbabit tuduhan, akan diberikan cuti sehingga siasatan selesai. Ini kerana, ditakuti sekiranya beliau masih lagi bertugas ketika siasatan berjalan, dikhuatiri beliau mempengaruhi siasatan. Lebih-lebih lagi, yang disiasat adalah yang mempunyai jawatan tertinggi dalam pasukan polis.

Sehingga persoalan-persolan ini dijawab, saya tawakal, semoga negara ini dilindungi oleh Allah Taala dan sebahagian besar rakyatnya masih dirahmati dan disayangi Allah. Insyallah.

Takut ALLAH turunkan bala, seperti di Acheh. Masyallah.