Kenapa? Institusi kewangan diingatkan jangan memberikan pembiayaan sewenang-wenangnya melalui Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri bernilai RM10 bilion yang diperuntukkan kerajaan dalam pakej rangsangan kedua.
Dari mana datangnya dana tersebut? Dana tersebut bukannya milik bank apatah lagi bukan milik kerajaaan. Wang kredit yang diwujudkan oleh bank dengan sewenang-wenangnya tanpa sesen modal apa yang nak ditakut. Tetapi sistem akaun yang dicipta kapitalis tidak mengizinkan ini berlaku. Akaun bank perlu seimbang, setiap kali wang kredit di cipta, akuan perlu diimbangkan iaitu kepada nama peminjam. Jadi, setiap yang keluar perlu di ganti semula, ditambah lagi dengan beban bunga yang dikenakan.
Sudah lah wang kredit tidak dicukaikan, rakyat pula yang terbeban. Manakan tidak, kita meminjam duit yang tidak wujud secara fizikal di dalam sistem kewangan kita, tetapi terpaksa bayar dengan duit dari titik peluh susah payah kepada Bank setan!!!.
Jadi, di mana silapnya. Kembalilah kepada ajaran agama. Mungkin dari Quran banyak yang kita boleh ubah dan lakukan.