Monday, March 10, 2008

Doa buat Pemimpin

Apa sudah jadi...apa sudah jadi....... apa sudah jadi........
mengapa ini terjadi,
semalam aku duduk dibelakang kerusi empuk kereta Mercedes dan punya pemandu,
hari ini aku pandu mercedes ku sendirian tanpa pemandu ku.
semalam aku rasa selagi aku dalam UMNO, mana mungkin aku jatuh
rupanya hari ini aku tersungkur macam nangka busuk.
semalam aku rasa bangga kerana dapat title YB
hari ini tiada title YB, esok lusa orang akan lupakan aku
Semalam aku duduk banglo besar mengalahkan istana sultan, 5 orang gaji, kereta besar, beribu pengikut,
Hari ini semua dah tiada. Nak jumpa reporter pun aku tak sanggup lagi. Mana nak taruk muka!!!
Hari aku rasa betapa pedihnya seperti apa yang rakyat rasa pedihnya kerana aku membutakan mata ku and memekakkan telingaku
Hari ini aku rasa betapa malunya diri, seperti mana aku memalukan rakyat jelata
Hari aku rasa betapa tingginya langit yang selalu aku rasa amat rendah sekali
Hari ini aku tahu betapa pentingnya mendengar apabila menjadi pemimpin dan bukan memaksa rakyat mendegar apa yang aku nak cakap.
Hari ini aku tahu betapa mualnya rakyat mendegar suara aku, kerana aku sentiasa bercakap benda yang sama dan ketinggalan.
Hari ini aku tahu siapa sebenarnya raja dan siapa sebenarnya hamba!!!
Hari ini aku tahu menjadi wakil rakyat bukan tugas aku mengiyakan pemimpin wahid walaupun kabur
Hari ini aku tahu betapa bijaknya rakyat menilai diri aku.
Hari ini juga aku sedar TUHAN itu mengetahui, maha kaya dan penyayang
TUHAN menentukan hidup ku
TUHAN telah menetapkan segalanya
TUHAN mengetahui apa yang telah aku lakukan
TUHAN mendengar rintihan hamba yang dianayai
Bagaimana harus aku bangkit...bangkit...bangkit...
Bagaimana aku hendak mendaki rakyat sedangkan aku tidak menaiki kereta kancil seperti yang rakyat naiki.
Bagaimana aku mahu mendekati rakyat sedangkan aku memakai pakaian yang mahal-mahal sedangkan rakyatku sudah bertahun tidak menukar baju baru.
Bagaimana rakyat nak berjumpa aku kalau aku duduk dikerusi empuk, di dalam bilik yang berlapis-lapis berwarna emas, dikawal oleh beribu pak guard dan polis.
Bagaimana rakyat nak jumpa aku, kalau rakyat rasa dirinya tak setaraf dengan pemimpin
Bagaimana rakyat nak mengadu masalah kalau rasa dirinya hina kerana aku pakai mercedes duduk dalam banglo, tapi rakyat pakai kancil, duduk dirumah kayu hampir roboh.
Bagaimana rakyat nak jumpa aku, kalau pembantu-pembantu aku menjadi lebih besar daripada aku sendiri.
Bagaimana rakyat nak percaya, kalau aku tidak kritis dalam membuat dasar dan keputusan.
Bagaimana rakyat nak percaya, bila aku kata subsidi ditanggung kerajaan terlalu tinggi, tetapi Petronas buat untung selepas cukai 30 billion.
Bagaimana rakyat nak percaya, kalau aku kata 30 bilion itu untuk digunakan untuk membangunkan infrastruktur, modal insan, wilayah pembangunan dan lain-lain tetapi pada masa yang sama rakyat tidak memerlukannya pada masa ini lebih daripada kesengsaraan akibat dari naiknya harga minyak.
Bagaimana rakyat nak percaya, kalau aku kata harga minyak di Malaysia adalah terendah dirantau asia, tetapi sebenarnya perbandingan itu tidak betul kerana GDP negara itu lain, purata pendapatannya juga berbeza.
Aku perlu sedar bahawa rakyat sudah semakin kritis, kerana pemimpin terdahulu telah menyediakan landasan yang betul bagi pembangunan modal insan.
Aku perlu sedar inilah hasil kemakmuran negara, melahirkan insan yang cerdik dan pandai.
Aku perlu sedar bahawa setiap masalah bukan hanya ada satu penyelesaian. Harga minyak global naik, bukan hanya ada satu penyelesaian iaitu dengan menarik subsidi.
Aku perlu sedar, bahawa rakyat sudah tahu bahawa negara sedang menuju inflasi.
Aku perlu sedar, bahawa rakyat mahu mendengar tindakan, idea logik bagi menangani masalah ini.
Aku perlu sedar, kalau aku naikkan harga minyak, tarik subsidi untuk mengatasi masalah, bebudak lepas SPM pun boleh buat.
Aku perlu sedar, kalau nak pulihkan MAS dengan buang pekerja, jual aset...makcik jual goreng pisang pun boleh buat.
Aku perlu sedar, aku berhadapan dengan Melayu baru bukan zaman sebelum perang.
Aku perlu sedar, rakyat sekarang sudah ada banyak pilihan bukan lagi sistem satu parti. Orang melayu sudah ada pilihan UMNO, PKR atau PAS.
Aku perlu sedar, kalau aku tidak perform rakyat akan ganti aku dengan bukan sahaja orang lain tetapi juga dari parti lain.
Aku perlu sedar, rakyat semakin selesa dengan pilihan-pilihan ini dan landasan yang dibina untuk generasi akan datang kebebasan memilih mereka yang benar-benar cemerlang, gemiling dan terbilang.
YA ALLAH YA TUHAN KU BERI LAH AKU PEDOMAN DAN PETUNJUK UNTUK BANGUN KEMBALI, SESUNGGUHNYA KAU LAH YANG MAHA PENGAMPUN DAN PENUNJUK JALAN.

No comments:

Post a Comment