Tuesday, March 11, 2008

Kekuatan dalaman perlu diperkasa

Semalam dalam harakah daily ada menyebut YB Mukhriz, minta Pak Lah letak jawatan kerana kejatuhan 5 negari ketangan pembangkang. Nasib baik Wilayah tak de DUN, kalau tak wilayah pun kira jatuh ketangan pembangkang juga. Tapi kira jatuh le tu.... so bermakna 6 negeri terlepas dari tangan BN.

Mungkin perhimpunan Agung UMNO akan datang jadi lebih panas.. atau ahli-ahli UMNO terus menjadi pak angguk dalam parti ... menjadi hang setia kepada pemimpin, walaupun terbukti rakyat rasa report card dia hancusssss.... kita boleh tengok lah tunggul-tunggul kayu tu secara live dalam TV nanti .... atau memang dah takde dah LIVE dalam tv lagi Perhimpunan Agung UMNO.

Kalau ikut record YB Najib, dia memang tak akan lawan ketua punya .... kita tengok je la siapa nak lawan Pak Lah... YB Muhyiddin memang tak lawan sebab die orang Pak Lah.. siapa ye... tungguu... YB Ku Li boleh kut ..caya lahhhh...
Tapi apa-apa hal pun, rasanya KJ lah manusia yang paling goyang skali sekarang ni.
Kalau Pak Lah takde, silap haribulan rasanya ramai orang dalam UMNO sendiri nak siat-siatkan kulit dia...muahhhaaaa.... YB Mukhriz mesti lawan die punya ...caya lah lu YB..go YB ..go YB.

Tapi apa-apa pun yang terjadi, selepas perhimpunan.... kalau ada pertandingan... yang kalah kena terima, rapatkan barisan balik dan bersatu, kerana banyak agenda yang belum selesai.

Agak-agaknya le, pemimpin-pemimpin BN ni boleh ke jadi mesra rakyat sikit... jauh benor rasanya dengan rakyat.... semua bila berkuasa, nak kena nampak kaya, senang.. maneeee rakyat nak dekat kalau macam tu... Hina bebenor le rasa teman dengan mereka, maklum le teman ni orang susah ... :)

No comments:

Post a Comment